Laporan Audit 1MDB Diletakkan Di Bawah OSA - Tony Pua - Semasa | mStar

Laporan Audit 1MDB Diletakkan Di Bawah OSA - Tony Pua

tony pua
Tony Pua
KUALA LUMPUR: Laporan audit akhir mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah diklasifikasikan dan diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua.

Pua yang telah dihalang daripada pendengaran PAC mengenai 1MDB pada Jumaat, memberitahu pemberita di luar Parlimen bahawa laporan itu diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau telah ditanya sama ada klasifikasi laporan itu dibuat oleh PAC atau Jabatan Peguam Negara (AG).

Pua berkata AG telah mengemukakan laporan itu kepada MKN yang bertindak membuat klasifikasi tersebut. Laporan itu diserahkan kembali kepada PAC dalam pertemuan di Parlimen hari ini.

Pua berkata mesyuarat itu yang dijangka berakhir pada pukul 5 petang, berjalan lancar dan akan diteruskan pada hari Isnin.

"Bagaimanapun memandangkan ia telah diklasifikasikan di bawah OSA, kita tidak boleh membawanya pulang," katanya.

Pua mengesahkan bahawa laporan itu hanya meliputi siasatan berkaitan dengan 1MDB.

laporan audit , 1MDB , Tony Pua , MKN

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain