suria

Umno Johor: Keputusan Dr Mahathir Mengecewakan

JOHOR BARU: Umno Johor menyifatkan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno sebagai tindakan yang mengecewakan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan Dr Mahathir tidak akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu pada masa ini.

Beliau berpendapat bahawa bekas Perdana Menteri itu seharusnya kekal dalam parti jika beliau mahu mengharungi situasi yang sukar bersama ahli Umno yang lain.

"Adalah malang bagi Umno kerana ia melibatkan seorang tokoh yang dihormati yang telah banyak menyumbang kepada negara," kata Mohamed Khaled pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, Selasa.

Artikel Lain