suria

Majlis Peguam Gesa SKMM Buka Sekatan Akses TMI

Steven Thiru

PETALING JAYA: Majlis Peguam menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menarik balik larangan akses kepada portal berita dalam talian, The Malaysian Insider (TMI) dengan mengatakan bahawa ia mesti bertindak mengikut undang-undang.

Presidennya, Steven Thiru berkata, SKMM tidak boleh menggunakan Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) bagi menyekat akses ke laman web berkenaan tanpa alasan yang kukuh.

"Sebagai pengawal selia yang bertanggungjawab, SKMM perlu sentiasa bertindak mengikut undang-undang dan bertindak bertentangan dengan kuasa yang ada padanya," kata Steven dalam kenyataan pada Selasa.

Khamis lalu, SKMM menyekat laman TMI ekoran tindakan portal berkenaan mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut SKMM sekatan tersebut juga dilakukan berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain