Buat Masa Ini IPF Jadi 'Rakan BN' - Najib - Semasa | mStar

Buat Masa Ini IPF Jadi 'Rakan BN' - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga kanan) bergambar bersama Presiden Parti Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF), Datuk M Sambathan (dua kiri) dan orang ramai ketika tiba ke Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Perak IPF di Dewan MAEPS Serdang, Jumaat. -fotoBERNAMA
SERDANG: Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengiktiraf Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) tanpa persetujuan semua ahli parti dalam gabungannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun beliau tidak mempunyai masalah dengan IPF, beliau tidak boleh membuat keputusan sendiri untuk menerima IPF kerana ia bertentangan dengan perlembagaan BN.

"Sebagai pengerusi BN, saya tidak mempunyai masalah (dengan IPF). Tetapi kita perlu mematuhi perlembagaan di mana semua parti mesti sebulat suara memberi persetujuan sebelum kita menerima ahli komponen baru.

"Saya tidak boleh mengatasi Perlembagaan walaupun saya adalah pengerusi. Saya faham nasib anda dan saya mendengar hasrat anda, tetapi kita perlu mematuhi Perlembagaan," kata Najib dalam ucapannya pada majlis sambutan Jubli Perak IPF di sini.

Najib berkata demikian ketika mengulas permintaan Presiden IPF Datuk M. Sambanthan yang sebelum ini meminta BN mengiktiraf parti berusia 25 tahun itu sebagai ahli komponen.

Najib, yang juga Presiden Umno, menggesa IPF untuk terus menyokong gabungan itu sebagai 'Rakan BN' dan untuk membantu menarik lebih ramai penyokong daripada masyarakat India.

"Peranan yang dimainkan IPF adalah sangat penting. BN masih terhutang budi kepada anda dan kami berharap anda akan terus menyokong kami," katanya.

Najib berkata beliau bersedia untuk mendengar permintaan berhubung pemberian beberapa jawatan dalam majlis-majlis tempatan kepada ahli-ahli IPF.

IPF ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri M. G. Pandithan pada tahun 1990 sebagai sebuah parti serpihan MIC.

"Kita boleh memujuk parti komponen tertentu dalam BN untuk menerima IPF, tetapi setakat ini, ia masih belum berjaya. Tetapi perlu terus mencuba," kata Najib, tanpa menyebut nama parti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain