Pelukis Mural Tun M Kecewa Lukisan Diconteng - Semasa | mStar

Pelukis Mural Tun M Kecewa Lukisan Diconteng

Lukisan mural bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada dinding sebuah bangunan diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Lorong Setar, Jalan Pekan Melayu, Jumaat.

ALOR SETAR: Pelukis mural bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa apabila mural yang menjadi tarikan pelancong di Pekan Melayu, Alor Setar diconteng individu tidak bertanggungjawab.

Pengurus Projek, Mustakim Ismail, 24, berkata dia berasa kecewa apabila mendapat tahu lukisan mural yang dihasilkan bersama dua lagi pelukis, Abdul Qoyyum Mohd Nadzri, 22, dan Mohd Zulfadli Ahmad Nawawi, 29, telah diconteng.

"Sesiapa sahaja bebas untuk meluahkan apa yang mereka rasa di tempat awam, tetapi pada masa yang sama mereka perlu menghormati karya yang telah dihasilkan oleh seseorang artis itu. Fikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan pada orang lain.

"Perasaan kecewa itu ada, namun saya kena berfikiran positif. Saya tidak salahkan orang yang menconteng mural tersebut kerana mungkin dia merasakan ia hanya sebuah lukisan jalanan yang tidak berharga seperti lukisan mahal yang dipamerkan di galeri," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Mustakim berkata dia tidak menghalang mana-mana individu yang ingin menconteng lukisannya itu tetapi individu itu perlu menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang mereka bertiga telah hasilkan.

"Kadang-kadang orang rosakkan hasil lukisan bersebab, mungkin tidak suka dengan hasil akhir namun ia sama sekali tidak akan mematahkan semangat saya sebagai seorang pelukis," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid turut terkilan dan kecewa dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Ini merupakan tindakan tidak bermoral. Tambahan pula ia berlaku terhadap negarawan tersohor Kedah dan Malaysia, jadi saya mohon pada orang awam supaya menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa.

"Pihak polis juga diharap dapat membuat pemantauan bagi mengelak perkara seperti itu berulang demi menjaga maruah negarawan kita selain menjaga hasil lukisan yang menjadi satu daripada tarikan pelancong sempena Discover Kedah. 

"Saya akan meminta pihak tertentu untuk menjalankan pembersihan," katanya. 

Lukisan mural yang terletak di Jalan Pekan Melayu di sini, siap pada 6 Jun tahun lepas dan merupakan usaha kerajaan negeri bersempena majlis pelancaran Bulan Pelancongan Legenda Kedah, di Tanjung Chali. 

-- Bernama 


Artikel Sebelum

Tiada Kenaikan GST - Najib

Artikel Berikut

Tiga Maut Kereta Bertembung Lori Tangki

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut