suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut Kereta Bertembung Lori Tangki

Kemalangan yang mengorbankan tiga lelaki apabila kereta yang dinaiki terbabas dan bertembung lori tangki di Paka, Jumaat.

DUNGUN: Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 101 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Masjid Hadhari, Paka di sini, Jumaat.

Dalam kemalangan 6.34 pagi itu, Irwan Khalid,37, Muhammad Rashid Yoon Chow, 48 dan Mohammad Nizan Ismail, 46 terbunuh di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Nahas itu turut melibatkan sebuah lori tangki dan kereta Proton Wira.

Kedua-dua pemandunya selamat dan tidak cedera.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Viva itu, yang dari arah Kuantan ke Dungun, hilang kawalan lalu melanggar pasu bunga di atas pemisah jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Susulan itu, kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki dan Proton Wira di arah bertentangan.

Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu Perodua Vivaitu tercampak keluar dari kenderaan.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi, Jumaat.-- Bernama

Dungun, Masjid Hadhari, Paka, Irwan Khalid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain