suria

Dua Kanak-Kanak Dalam Kenderaan Yang Dicuri Ditemui Selamat

KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan apabila ia dicuri ditemui selamat kira-kira 500 meter dari tempat mereka dilarikan pada awal pagi Jumaat.

Kanak-kanak lelaki itu ditemui di dalam kereta Proton Wira yang ditinggalkan di kawasan letak kereta di belakang Jalan Gaya di sini oleh polis.

Kenderaan itu dicuri ketika ibu mereka sedang mengeluarkan wang dari mesin ATM di sini.

Ketika kejadian, ibu mangsa meninggalkan dua kanak-kanak itu di dalam kereta yang tidak berkunci dengan enjin tidak dimatikan.

Difahamkan, kedua-dua kanak-kanak berusia lapan dan lima tahun itu ditemui polis yang sedang melakukan rondaan memburu suspek yang dipercayai telah melarikan diri.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra mengesahkan kejadian itu dan berkata mereka sedang memburu suspek.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain