suria

Kes Altantuya: Azilah Mohon Pengampunan Diraja

Azilah Hadri

KUALA LUMPUR: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri memohon pengampunan diraja berhubung sabitan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Azilah memfailkan petisyen bagi memohon pertimbangan Sultan Selangor.

Perkara itu disahkan peguamnya, Datuk Hazman Ahmad kepada The Star.

Hazman berkata salinan petisyen itu diserahkan kepada setiausaha sulit Sultan Selangor pada pagi Jumaat.

Menurut beliau satu salinan petisyen itu juga akan diserahkan kepada Peguam Negara dan Menteri Besar Selangor.

"Ia akan didengar oleh lembaga pengampunan Selangor yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor," katanya.

Artikel Lain