suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Pelajar Maut Nahas Depan Sekolah

Kemalangan melibatkan 19 kenderaan berpunca daripada sebuah lori mengakibatkan dua pelajar maut.

KUALA LUMPUR: Dua pelajar maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 19 kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras di sini, Khamis.

Kedua-dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang itu merupakan pelajar sekolah.

Jurucakap polis berkata, masing-masing sebuah lori dan van serta dua kereta dan 15 motosikal terlibat dalam kejadian itu.

Berdasarkan maklumat awal, kemalangan bermula apabila sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan merempuh 15 motosikal yang diletakkan di hadapan sekolah sebelum melanggar van Nissan Vennet dan terbalik di atas kenderaan tersebut.

Kata jurucakap itu lagi, kemalangan itu turut melibatkan  kereta Proton Wira dan Perodua Alza di kawasan berhampiran.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berusaha mengeluarkan mangsa di bawah van berkenaan sebelum mangsa yang maut dan cedera dihantar ke hospital," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain