suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guan Eng Kaji Saman Pihak Tuduh Kerjasama Israel

SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan mengemukakan saman fitnah terhadap pihak yang mengaitkan beliau dan partinya dengan kerajaan Israel.

Tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin rejim berkenaan.

“Saya tak pernah jumpa dengan mana-mana pemimpin Israel apabila saya ke luar negara.

“Tapi saya difitnah dengan begitu teruk sekali. Dalam perkara ini saya akan keluarkan saman fitnah kerana tak ada bukti langsung, ia fitnah sama sekali,” katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis menandatangani perjanjian bersama parti sekutu Pakatan Harapan sebagai kerjasama politik pembangkang yang baharu.

Sebelum ini Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dilaporkan mengaitkan DAP dengan Israel apabila mendakwa parti tersebut ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Zuhdi mendakwa antara syarat tawaran berkenaan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.


Lim Guan Eng, Israel, Pakatan Harapan, DAP

Artikel Lain