suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta Dirempuh Keretapi, Kanak-Kanak Parah

Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaikinya dilanggar keretapi penumpang di Kg Mandahan, kira-kira 23 kilometer dari pekan Papar, dekat sini, Rabu.

Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan satu tahun itu kini dirawat di  hospital.

Bagaimanapun, identiti kanak-kanak berkenaan serta dua lagi individu di atas kenderaan pacuan empat roda itu belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba Papar Penolong Penguasa Dunstan Peter berkata ketika kejadian keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Papar ke Beaufort namun belum ada penjelasan bagaimana kejadian itu berlaku.

Katanya pihaknya menghantar empat anggota ke lokasi selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 9.22 pagi.

Sabah, Keretapi

Artikel Sebelum

Artikel Lain