PORT DICKSON: Hari keluarga mStar Online yang diadakan pada Ahad lalu disambut meriah dengan kehadiran kakitangan dan anggota keluarga masing-masing.
Timbalan Pengarang Berita mStar Online, Norfatimah Ahmad berkata, aktiviti riadah yang julung kali diadakan itu bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin antara barisan editorial mStar Online.
Hadir sama dalam program berkenaan ialah Editor Hiburan, Niezam Abdullah dan Penolong Editor Berita, Zainal Azhar Mohamed.
Program yang diadakan sempena ulang tahun ke-10 mStar Online itu diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk sukaneka keluarga, jamuan makan malam dan pertandingan karaoke.
Selain itu pemenang hadiah cabutan bertuah turut menerima baucar penginapan di Lanjut Golden Beach & Golf Resort sumbangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pelbagai barangan elektrik sumbangan Pengarah Urusan Nouvelles Visages, Erni Dekritawati Yuliana Buhari dan Media Prima Berhad.


