suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Banjir Di Selangor Meningkat Kepada 497 Orang

Mangsa banjir, Sharifah Yunos, 84, (kiri) bersama jirannya Mesnah Jani, 64, duduk di tangga rumahnya memandang keadaan air yang masih belum surut akibat bencana banjir di Kampung Seri Sentosa, Ijok. - fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di lapan pusat pemindahan di Selangor meningkat kepada 497 orang daripada 130 keluarga setakat pukul 7 petang Selasa, berbanding 462 mangsa daripada 124 keluarga pukul 4 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohd Sani Harul berkata pusat pemindahan di Dewan Merak, Sek Men Keb Meru, Klang merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 184 orang daripada 46 keluarga.

Mereka yang lain ditempatkan di surau RTB Labu Lanjut, Sepang (84 orang); Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Kapar (58 orang); dan Dewan Orang Ramai Genting Sanyen, Sepang (49 orang).

Dewan Taman Gemilang, Dengkil (47 orang), surau Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor (40 orang) dan selebihnya di Surau At-Taufikiah, Puncak Alam, katanya dalam satu kenyataan di sini. - BERNAMA 

banjir, Selangor

Artikel Lain