suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki, Leher Dikelar Ditemui Bawah Jambatan

Gambar hiasan.

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki tempatan dipercayai dibunuh dengan kesan kelar di leher dan tangan diikat ditemui terdampar di bawah jambatan Kampung Labohan Dagang, Banting dekat sini, Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis pukul 3.39 petang memaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki itu oleh nelayan di kawasan berkenaan.

"Mayat tanpa identiti berumur dalam lingkungan 30-an dan berkulit cerah itu berjaya diangkat oleh nelayan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

"Pada mayat itu turut terdapat kesan hentakan tumpul di kepala serta tangan ditetak dan mayat telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Dalam kejadian berasingan, mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemui terapung di Sungai Langat berhampiran Kilang Megasteel, Kuala Langat dekat sini.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat Mohamed Sofiyuddin Kamar, 28, yang memakai jersi Malaysia dan berseluar jeans panjang ditemui kira-kira pukul 1 petang Selasa.

"Mangsa dilaporkan hilang sejak 30 November lepas. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA 
mayat, kelar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain