Lelaki Dihukum Gantung Edar Kanabis - Semasa | mStar

Lelaki Dihukum Gantung Edar Kanabis

MELAKA: Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Selasa selepas didapati bersalah mengedar 449.89 gram kanabis dua tahun lepas.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar menjatuhi hukuman itu terhadap Ahmad Norizan Mohamad, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh, yang bekerja sendiri, didakwa bersama Nor Mira Jemli, 20, mengedar dadah itu di sebuah rumah di Kondo Pandan Wangi, Jalan Klebang Kecil di sini pada 5.15 petang, 22 April 2013.

Mereka juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 110.28 gram di tempat, masa dan tarikh sama.

Ahmad Norizan didapati bersalah bagi pertuduhan ini dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan.

Bagaimanapun Zulkifli melepas dan membebaskan Nor Mira daripada kedua-dua pertuduhan itu manakala Ahmad Norizan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan memiliki kanabis.

Ahmad Norizan juga dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis seberat 62.65 gram di palang automatik di hadapan Kondo Pandan Wangi pada 4.50 petang, pada tarikh sama.

Hakim memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berturutan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Hilmy Samsudin.

Sepuluh saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil dalam perbicaraan kes itu. - BERNAMA

hukum gantung , edar kanabis

Artikel Sebelum

Polis Tunggu Pengesahan Mayat Tanpa Kepala

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain