suria

Amuk Di Low Yat: Bekas Guru Kafa Dipenjara Sebulan

KUALA LUMPUR: Seorang bekas guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) mengaku bersalah atas pertuduhan menumbuk seorang jurujual di Plaza Low Yat.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Muhamad Faizal Mahmud Affandi, 27, kerana mencederakan jurujual Chea Wei Jian, 23, pada 12 November lalu.

Saifulakmal turut membenarkan Muhamad Faizal dipenjara untuk tempoh 14 hari lagi kerana mengganggu ketenteraman awam dengan mencetuskan kekecohan.

Semasa membacakan hukuman tersebut pada Selasa, Saifulakmal menasihati Muhamad Faizal supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Muhammad Faizal didakwa melakukan kesalahan tersebut di tingkat bawah bangunan tersebut pada 12 November lalu.

Dia didakwa dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Artikel Lain