suria

Tiada Kem IS Di Kazakhstan - PDRM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan tiada kem latihan Kumpulan Militan Negara Islam (SI) untuk pejuang kanak-kanak di Kazakhstan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dua kem yang dikenal pasti merekrut kanak-kanak dalam perjuangan IS dikendalikan di Syria.

"Kira-kira 500 kanak-kanak dari seluruh negara mengikuti latihan di kem tersebut.

"Kami percaya terdapat kanak-kanak dari pelbagai negara termasuk Asia Tenggara," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata kanak-kanak diberi latihan dalam mengendalikan senjata api.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan telah didedahkan dengan doktrin kumpulan itu seawal umur dua tahun lagi dan secara tidak langsung akan melahirkan anggota militan yang berbahaya pada usia yang muda.

"Salah seorang direkodkan sebagai berkata (pemimpin IS) Abu Bakr al-Baghdadi adalah pemimpinnya dan akan menyembelih kepala orang kafir," kata ACF Ayob ketika ditemui pemberita pada 'Seminar Negara Islam:Jihad vs Militan' di Universiti Teknologi Malaysia, di Jalan Semarak, di sini, Ahad.

Semasa seminar tersebut, Ayob turut menayangkan sebuah video yang memaparkan kanak-kanak sedang berlatih seni mempertahankan diri, mengendalikan senapang dan mempelajari undang-undang agama di sebuah kem di Syria.

kem IS, Syria, PDRM

Artikel Lain