suria

Gangguan Bekalan Air Di Klang/Shah Alam Minggu Depan

SHAH ALAM: Pengguna sekitar Shah Alam dan Klang akan mengalami tekanan air rendah berikutan kerja penggantian kelengkapan kritikal di kolam takungan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bermula 9 malam Isnin depan (21 Disember) sehingga 6 pagi keesokan harinya.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syabas Amin Lin Abdullah dalam satu kenyataan berkata kerja penggantian itu dilakukan sebagai usaha berterusan Syabas menambah baik sistem rawatan air.

"Pengguna dinasihati menyimpan bekalan air mencukupi sebelum 21 Disember ini.

"Selepas kerja penggantian injap selesai, bekalan air akan pulih secara berperingkat dalam tempoh 24 jam bermula 6 pagi, 22 Disember," katanya.

Kawasan terlibat termasuk Pekan Meru; Seluruh Kampung Meru; Persiaran Hamzah Alang; Klang Sentral, Meru; Jalan Haji Abdul Manan; Kampung Bukit Kapar; Pekan Kapar; Kampung Tok Muda, Kapar; Kampung Sungai Serdang; Felda Bukit Cerakah dan Kampung Cerakah Jaya.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS (melalui Google Playstore and AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook SYABAS puspel atau Twitter SYABAS puspel syabas untuk maklumat lanjut. - BERNAMA 



Syabas

Artikel Lain