suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dana RM2.6 Bilion: Anina Tiada Hak Saman Najib

Anina Saadudin.

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin tidak mempunyai hak undang-undang untuk menyaman Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana politik bernilai RM2.6 bilion untuk parti itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada Mahkamah Tinggi di sini.

Mohd Hafarizam pada Selasa berhujah bahawa hanya seorang pegawai awam parti itu merupakan individu berwibawa untuk memulakan saman itu seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, Anina mendakwa telah memfailkan saman sivil demi kepentingan Umno dan ahlinya walaupun parti itu mempunyai pegawai awam sendiri - Datuk Ab Rauf Yusoh.

Menjelaskan lebih lanjut, Mohd Hafarizam yang turut mewakili Ab Rauf berkata, saman sivil tersebut bersifat skandal, remeh dan menyusahkan, satu penyalahgunaan proses mahkamah dan harus dibatalkan.

Menurut beliau, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata Seksyen 18C menyatakan keputusan sebuah parti politik berkaitan hal ehwal parti tersebut adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.

Jelas Mohd Hafarizam, mahkamah lain pada 7 Disember lalu turut menolak kes Anina untuk mencabar pemecatan keahliannya daripada Umno atas alasan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara tersebut berdasarkan Seksyen 18C.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan 31 Disember ini untuk membuat keputusan mengenai permohonan Najib untuk membatalkan saman Anina.


Artikel Sebelum

Artikel Lain