suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angin Kencang, Kenaikan Paras Air Laut Di Pantai Timur & Sarawak Esok

KUALA TERENGGANU: Angin kencang, laut bergelora serta kenaikan paras air laut dijangka berlaku di kawasan perairan pantai timur serta Sarawak bermula pada Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Ahad.

Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, menurut jabatan itu.

Selain itu ia turut memaklumkan kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut, dijangka  bermula Khamis hingga Sabtu ini. - BERNAMA

Artikel Lain