Arab Saudi Belum Tetap Tarikh Bayar Pampasan Mangsa Kren Tumbang - Semasa | mStar

Arab Saudi Belum Tetap Tarikh Bayar Pampasan Mangsa Kren Tumbang

BALING: Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan tarikh pembayaran pampasan untuk mangsa yang cedera dan waris jemaah haji yang terkorban dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada 11 September lepas.

Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, proses tersebut dijangka memakan masa yang lama memandangkan jumlah mangsa yang terlibat adalah banyak dan daripada pelbagai negara.

"Jadi kita minta waris mangsa yang terlibat untuk bersabar sedikit, mungkin dalam Januari ini saya akan beri kenyataan penuh berkaitan perkara ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Tujuh jemaah Malaysia terkorban dalam tragedi kren tumbang itu dan menurut Saudi Press Agency, Penjaga Dua Kota Suci iaitu Raja Salman telah memerintah pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera.

Terdahulu, Abdul Azeez melancarkan program Khatan Perdana anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, melibatkan  lebih 1,000 kanak kanak berusia 7 hingga 15 tahun.

Sebanyak 22 doktor dan seorang mudim kampung terbabit dalam program khatan itu yang dilakukan secara percuma.

Mudim tersebut Mohd Rizal Abd Ghani, 40, dari Kampung Pantai Cicar Kuala Ketil, di sini berkata khidmat mudim kampung masih lagi diterima masyarakat terutama musim cuti persekolahan.

"Setiap tahun musim cuti sekolah, saya dan keluarga yang boleh melakukan khatan mampu melakukan khatan lebih seribu kanak kanak setiap tahun di beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang dan Perak," katanya.

Berpengalaman mengkhatankan kanak kanak sejak beliau berusia 16 tahun hingga kini, Mohd Rizal yakin masyarakat akan terus mengunakan khidmat mudim kampung walaupun trend terkini yang menggunakan khidmat doktor. 

"Saya masih mengamalkan bacaan surah Al-Quran di telinga kanak kanak yang hendak dikhatankan dan mengunakan daun pisang untuk membalut luka dan mengunakan bahan ubatan tradisional warisan keluarga mudim untuk menyembuhkan luka," katanya.-- Bernama


Tabung Haji , Makkah , Arab Saudi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain