suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sidang Kemuncak Asean Ke-27 Berjalan Lancar, PM Ucap Terima Kasih

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan berjalan sempurna dan lancar hasil kerja keras daripada semua pihak terlibat.

"Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada para anggota sekretariat ASEAN 2015 yang berusaha menjayakan acara bersejarah ini dan kakitangan kerajaan yang memberi pandangan dan bantu persiapan untuk saya dan perwakilan Malaysia," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook beliau, Ahad.

Beliau turut melahirkan penghargaan terhadap usaha dan sumbangan semua anggota keselamatan dan trafik dalam memastikan Kuala Lumpur aman dan selamat sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung.

Mesyuarat tentang Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan bermula Rabu lepas, termasuk beberapa acara lain di luar sidang termasuk Persidangan Inovasi Perkhidmatan Awam ASEAN, Sidang Kemuncak Pemimpin Muda ASEAN, dan Sidang Kemuncak Bisnes dan Pelaburan ASEAN 2015.

Artikel Berikut

Artikel Lain