suria

Raptai Awal Sempena PAU Berjalan Lancar - Ab Rauf

KUALA LUMPUR: Persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang dijadual berlangsung mulai 8 Dis ini berjalan lancar dengan raptai awal dilaksanakan di Plaza Merdeka pagi Sabtu.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh berkata segala persiapan berada pada tahap 60 peratus termasuk bagi acara luar dewan seperti menaikkan bendera Sang Saka Bangsa dan pemeriksaan perbarisan termasuk acara di dalam dewan.

"Segala persiapan adalah seperti biasa, sama seperti tahun lalu, cuma ada penambaikan seperti iringan koir kombo UiTM untuk lagu patriotik dan lagu tema UMNO," katanya kepada pemberita pada akhir raptai acara luar dewan di pekarangan ibu pejabat parti di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Raptai pagi ini disertai 300 anggota sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO.

Katanya tiada sebarang slot tambahan pada tahun ini untuk perbahasan.

"Kita jangkakan kira-kira 200,000 pengunjung termasuk perwakilan dari seluruh negara menghadiri perhimpunan ini," kata Ab Rauf.

Katanya tahun ini 300 sukarelawan UiTM juga akan membantu sepanjang lima hari persidangan berlangsung.

Raptai itu berlangsung kira-kira tiga jam bermula 8 pagi dan diteruskan dengan raptai bagi acara di dalam dewan.

"Secara keseluruhan raptai amat memuaskan," katanya.

Raptai penuh (akhir) akan diadakan pada 6 Nov ini.

Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain