suria

Penganjur Himpunan Bantah TPPA Akan Dipanggil Polis

Sekumpulan peserta perhimpunan bantah TPPA yang diadakan berhampiran Stesen LRT Ampang Park di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Perhimpunan bantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang diadakan berhampiran Stesen LRT Ampang Park, di sini Sabtu tidak mendapat sambutan dengan kira-kira 100 orang sahaja yang hadir. 

Pengerusi bantah TPPA, Mohammad Nizam Mahshar yang mengetuai perhimpunan itu berkata, perhimpunan itu disertai gabungan 52 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Perhimpunan itu diadakan selama sejam bermula jam 2.30 petang dalam keadaan aman, bermula dengan berkumpul di hadapan Masjid As-Syakirin, Jalan Ampang sebelum berarak dengan membawa sepanduk dan kain rentang antaranya tertera 'TPPA tindas rakyat' dan 'jangan gadai kedaulatan negara' menuju ke Stesen LRT Ampang Park, kira-kira 500 meter.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, polis akan memanggil penganjur untuk mendapatkan keterangan berikutan mengadakan perhimpunan menyalahi undang-undang.

"Tiada sebarang tangkapan dibuat tetapi polis akan mengambil keterangan daripada penganjur dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama. - Bernama

TPPA

Artikel Lain