suria

Sarawak Benarkan Urusan Surat-Menyurat Rasmi Dalam Bahasa Inggeris

Adenan Satem.

KUCHING: Bahasa Inggeris kini boleh digunakan dalam urusan surat-menyurat rasmi berkaitan pentadbiran negeri sebagai tambahan kepada Bahasa Malaysia, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata kerajaan negeri akan membenarkan urusan surat-menyurat rasmi dilakukan dalam kedua-dua bahasa itu.

Jelas Adenan, kegagalan untuk fasih dalam pertuturan dan penulisan bahasa Inggeris menyebabkan ramai graduan menghadapi kekangan besar.

"Saya ada baca di akhbar lebih 1,000 doktor di Malaysia yang menamatkan pengajian tidak mahu bekerja sebagai doktor kerana lemah penguasaan bahasa Inggeris. Ini sangat menyedihkan," ujarnya.

Menurut beliau adalah logik untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris walaupun terdapat segelintir pihak menentang tindakan tersebut.

"Pendirian tegas saya terhadap bahasa Inggeris menyebabkan ada pihak yang jengkel dan menuduh saya tidak nasionalis dan tidak patriotik.

"Membela bahasa Inggeris tidak ada kaitan dengan patriotisme dan nasionalisme. Ia adalah menjadi realistik," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain