suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jho Low Pernah Hubungi SPRM - Jurucakap

Jho Low.

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai bantuan diperlukan bagi menghubungi ahli perniagaan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan SRC International Sdn Bhd adalah tidak berasas.

Dalam kenyataan ringkas kepada Bernama, jurucakap ahli perniagaan itu berkata:" Pada Ogos 2015, SPRM telah meminta bantuan Jho Low. Wakil Encik Low segera menghubungi SPRM untuk meneliti bagaimana mereka boleh dapat membantu, dan terus kekal berhubungan."

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berkata polis tidak dapat mengesan lokasi Jho Low.

Dalam jawapan bertulis kepada Wong Chen (PKR-Kelana Jaya), KDN berkata tiada siasatan dijalankan polis terhadap ahli perniagaan itu dan tiada permintaan daripada mana-mana pihak untuk mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan beliau.

Selain itu, KDN berkata Interpol Malaysia juga tidak dapat mengesan empat individu lain iaitu bekas Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs Malaysia, Datuk Yusof Annuar Yaacob.

SPRM sedang mencari Nik Faisal and Joh Low bagi membantu siasatan berkaitan SRC International manakala Tang Dan Loo dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 berkaitan 1MDB.

 


Jho Low, 1MDB, SRC International

Artikel Sebelum

Artikel Lain