suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Teksi Demo Bantah Uber, GrabCab

KUALA LUMPUR: Berpuluh-puluh pemandu teksi berkumpul di sini untuk membantah perkhidmatan Uber dan GrabCar.

Kumpulan itu yang berkumpul di tempat letak kereta Padang Merbok sejak kira-kira pukul 10 pagi Rabu.

"Hidup Teksi!" demikian laungan ahli kumpulan berkenaan dengan ada antara mereka memegang plakad menyeru supaya Uber dan GrabCar diharamkan.

Perhimpunan yang diketuai Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang itu supaya Uber dan GrabCar diharamkan kerana mendakwa persaingan berkenaan menjejaskan pendapatan mereka.

Mereka mendakwa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak tegas untuk menangani isu berkenaan malah menggesa supaya kepimpinannya dirombak.

Beberapa teksi turut dihiasi dengan bendera Malaysia.

Terdapa juga satu kain rentang bertulis gesaan supaya Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar meletak jawatan.

Teksi, Uber, GrabCar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain