suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suhakam Sokong Cadangan Hapus Hukuman Mati Mandatori

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengalu-alukan cadangan menghapuskan hukuman mati mandatori ke atas kesalahan berkaitan dadah.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata pihaknya percaya perkembangan positif itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan selaras dengan kebanyakan negara lain yang didapati mula mengambil langkah memansuhkan hukuman mati mandatori.

"Suruhanjaya berharap agar cadangan terhadap pindaan ini akan segera dikemukakan ke Parlimen dan sementara menunggu keputusan tersebut, moratorium (penggantungan atau penangguhan) untuk semua kesalahan hukuman mati dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata suruhanjaya itu juga memohon kerajaan mengkaji semula undang-undang jenayah untuk memastikan bahawa sekiranya hukuman mati dikenakan ke atas sesuatu kesalahan, ia perlu hanya ke atas jenayah yag paling serius seperti yang ditakrifkan dalam Artikel 6 (2) Konvenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

Katanya, suruhanjaya itu juga mengesyorkan Malaysia menyertai ICCPR dan Protokol Pilihan Kedua serta berusaha ke arah pemansuhan hukuman mati di Malaysia, seterusnya menyertai kira-kira 140 daripada 193 negara Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah memansuhkan hukuman mati atau memperkenalkan moratorium sama ada dalam undang-undang atau secara praktikal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri semalam dilapor berkata  kerajaan bercadang mengemukakan Rang Undang-undang untuk menghapuskan hukuman mati mandatori ke atas beberapa jenayah berat terutama berkaitan kesalahan dadah dan pemilikan senjata api.

Nancy berkata Rang Undang-undang yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan itu, akan menyerahkan kembali hukuman terhadap pesalah atas budi bicara hakim.

Suhakam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jawi Buru 'Ustaz Kasanova'

Artikel Lain