suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairuddin, Chang Tidak Boleh Didakwa Di Bawah Sosma

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memutuskan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang tidak boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Kedua-duanya turut dibenar untuk diikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang dan diarah menyerahkan pasport.

Berikutan keputusan itu, Hakim Mohd Azman Husin memerintahkan kes berkenaan dipindahkan semula ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

Chang dan Khairuddin didakwa pada 12 Oktober lalu kerana cuba mensabotaj perbankan Malaysia dan perkhidmatan kewangan di beberapa tempat di luar negara.

Pada 23 Oktober lalu Majistret Siti Radziah Kamarudin membuat keputusan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Khairuddin dan Chang didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi dari 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain