Unisel Akan Iktiraf Sijil UEC - Semasa | mStar

Unisel Akan Iktiraf Sijil UEC

SHAH ALAM: Universiti Selangor (Unisel) yang merupakan universiti milik penuh kerajaan negeri akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi sekolah menengah persendirian Cina mulai tahun depan.

Menteri Besar, Azmin Ali berkata, langkah itu bertujuan untuk menangani masalah penghijrahan cendekiawan yang semakin serius.

"Statistik menunjukkan bahawa seramai 3,000 pelajar menamatkan pengajian mereka dengan UEC setiap tahun," kata Azmin semasa membentangkan bajet di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Beliau menambah, kerajaan negeri menyedari peranan besar yang dimainkan oleh sekolah jenis kebangsaan Cina dalam membangunkan modal insan.

Pelajar-pelajar dari 60 sekolah menengah persendirian Cina menduduki peperiksaan menduduki peperiksaan yang diformulakan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) setiap tahun.

Di bawah Bajet 2016 bagi Selangor, pelajar-pelajar sekolah Tamil dari sektor perladangan kini berpeluang untuk menerima pendidikan dalam persekitaran yang kondusif.

Azmin berkata, Sekolah Rendak Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Desa Coalfield akan dibangunkan sebagai sebuah sekolah berasrama dengan kapasiti seramai 500 pelajar.

Beliau menambah, perbelanjaan akan ditanggung oleh Kumpulan Wang Amanah Anak-Anak Pekerja Ladang Coalfield.

Menurut Azmin, peruntukan RM4 juta akan disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya Selangor untuk tujuan membangunkan bangunan dan struktor sekolah.

Azmin berkata, kerajaan negeri turut merancang untuk memperuntukkan RM1.5 juta tahun depan bagi membantu pekerja dan bekas pekerja dari sektor perladangan dalam membentuk masa depan mereka.

Unisel , Azmin Ali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain