suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tubuh Pasukan Petugas Khas Siasat Kes Kehilangan Morais

Anthony Kevin Morais.

KUALA LUMPUR: Polis menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan hal ini ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pasukan itu.

Sementara itu, polis masih tidak menjumpai sebarang bahan bukti yang boleh dikaitkan dengan penemuan sebuah kereta terbakar dipercayai milik Morais di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak pada Ahad.

Zainuddin bagaimanapun berkata siasatan masih diteruskan dan kereta milik mangsa masih belum ditemui.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana warna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Artikel Lain