suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1MDB Senarai Pendek Pembida Pilihan Projek Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjangka akan menyenarai pendek pembida pilihan untuk mengambil bahagian sebagai rakan kongsi pembangunan projek Bandar Malaysia sebelum akhir minggu ini.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat itu berkata, setakat 28 Ogos 2015 ia telah menerima 12 bidaan.

"1MDB kekal fokus kepada pelaksanaan pelan rasionalisasi dan akan mengeluarkan laporan terkini mengenai perkembangan selanjutnya tidak lama lagi," katanya.

1MDB berkata, ahli lembaga pengarah dan pemegang saham terbabit sepenuhnya dalam pelan rasionalisasi itu.

"Ini terbukti dengan senarai pendek empat pihak untuk peringkat akhir pembidaan bagi jualan anak syarikat tenaga kami, Edra," katanya.

Sementara itu, 1MDB berkata, walaupun ia kesal dengan perletakan jawatan penasihatnya, Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Alias, syarikat menghormati keputusan beliau.

"Kami mengharapkan yang terbaik buat Samad dalam semua tindakannya pada masa depan," katanya.

1MDB, Projek Bandar Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain