suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Pengajian Tinggi Kini Dikenali Kementerian Pendidikan Tinggi

Idiris berbincang bersama Timbalannya, Datuk Mary Yap Kain Ching dan pegawai di kementerian tersebut.

PETALING JAYA: Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan bahawa nama Kementerian Pengajian Tinggi kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Tinggi.

Perkara itu diumumkan Idris selaku menteri di kementerian itu menerusi akaun Twitter miliknya.

"Kabinet telah membuat keputusan tadi (Rabu) bahawa nama rasmi kementerian ialah Kementerian Pendidikan Tinggi," katanya.

Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan semula susulan pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lalu.

Kenyataan Idris menerusi Twitternya.

Berikutan itu, Najib mengumumkan pelantikan Idris sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang baharu.

Sebelum ini Idris yang dilantik menyertai Kabinet Najib selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah Menteri Pendidikan II.

Portfolio Kementerian Pengajian Tinggi pertama kali diwujudkan pada 2004 ketika era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Datuk Dr Shafie Mohd Salleh merupakan menteri pertama sebelum disandang oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sejak 2008 hingga 2013 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Johor.

Bagaimanapun Najib menggugurkan portfolio Kementerian Pengajian Tinggi selepas PRU-13 dengan melantik dua menteri yang bertanggungjawab menguruskan portfolio Kementerian Pendidikan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pendidikan bersama Idris.








Artikel Berikut

Saie Terakhir Bersama Bapa

Artikel Lain