suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Britain Lawat Malaysia Hari Ini

David Cameron
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri United Kingdom David Cameron akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia pada Khamis sempena lawatan beliau ke rantau Asia Tenggara.

Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam Rabu berkata Cameron dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan pelbagai isu  dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kedua-dua pemimpin akan meneliti isu hubungan dua hala termasuk dalam sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan pertahanan serta kerjasama dalam rangka kerja Komanwel dan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

"Kedua-dua Perdana Menteri juga dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan bersama. Cameron juga dijadualkan menghadiri satu forum perniagaan di Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Cameron akan menjadi Perdana Menteri United Kingdom yang pertama melawat ke Malaysia berturut-turut dalam dua penggal.

Lawatan terakhir beliau ke Malaysia adalah pada April 2012.

Lawatan ini jelas mempamerkan hubungan rapat dan mesra antara Malaysia dan United Kingdom.

Cameron akan diiringi Menteri Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran, Sajid Javid; Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Lord Francis Maude; Menteri Perniagaan Kecil, Industri dan Perusahaan, Anna Soubry dan Menteri Perolehan Pertahanan, Philip Dunne dan delegasi 30 ahli perniagaan.

David Cameron, PM Britain

Artikel Sebelum

Saie Terakhir Bersama Bapa

Artikel Lain