suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Kerja Raya Cadang Percepatkan Naik Taraf Lebuhraya Pan Borneo

PAPAR: Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kepada Kewangan Kementerian supaya kerja menaik taraf jalan raya dalam projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, dipercepatkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ini kerana penggunaan jalan raya terlibat mencapai tahap maksimum pada setiap musim perayaan.

"Kita memang telah mengutamakan pelaksanaan naik taraf jalan ini di peringkat kementerian.

"Tetapi prosedurnya peringkat agensi pusat (Kementerian Kewangan) yang akan membuat keputusan sama ada ianya akan dilaksanakan pada awal Rancangan Malaysia Ke-11," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di sini, Sabtu.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dengan kos RM27 bilion yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,239 kilometer dijangka siap pada 2020.-- Bernama

Artikel Lain