suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepaskan Kerusi Parlimen, DUN Jika Sertai GHB - Nik Abduh

Nik Abduh.

KOTA BHARU: Semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang mahu meninggalkan parti itu demi menyertai Gabungan Harapan Baru (GHB) pada September ini perlu mengembalikan kerusi mereka kepada parti tersebut sebagaimana yang ditetapkan dalam bai'ah (sumpah taat setia) mereka.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Muhammad Abduh Nik Mat berkata, mereka yang mempunyai hasrat untuk meninggalkan parti itu perlu mengembalikan kepercayaan yang diberikan kepada mereka dalam kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum yang lalu kepada PAS.

"Ia adalah selaras dengan sumpah Bai'ah yang dibuat mereka sebelum menjadi calon untuk parti ini pada pilihan raya umum yang lepas," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambahnya, ahli PAS boleh meninggalkan parti itu pada bila-bila masa, tetapi mereka seharusnya 'tertakluk kepada janji mereka'.

Nik Abduh berkata, PAS mengalu-alukan bekas pemimpin parti itu untuk pergi menyertai GHB kerana mereka berhak untuk berbuat demikian dan menambah bahawa mereka perlu meninggalkan parti tersebut serta-merta.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan yang memetik Ahli Parlimen PAS Pusat, Khalid Samad yang mengatakan bahawa semua ahli PAS secara automatik akan meninggalkan parti itu apabila GHB dilancarkan pada September ini.

Nik Abduh, Gerakan Harapan Baru, GHB, PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain