suria

Khalid Ibrahim Tak Minat Sertai Gerakan Harapan Baru

Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berminat untuk menyertai parti politik baharu yang akan ditubuhkan kumpulan progresif PAS.

Menurut wakil rakyat Bebas itu, beliau lebih selesa untuk tidak menganggotai mana-mana parti politk sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Tak (minat)...tak, tak. Saya akan meneruskan kerja saya sampai PRU-14.

"Saya meletakkan kepentingan utama kepada pentadbiran Selangor dan pergolakan politik di Malaysia," katanya ketika ditemui di Majlis Aidilfitri di Parlimen pada Rabu.

Pada 13 Julai lalu, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Dilaporkan sebuah parti politik baharu di bawah kelolaan GHB akan dilancarkan secara rasmi pada 14 September depan.

Mengulas mengenai situasi politik di Selangor selepas PAS memutuskan huhungan dengan DAP, Khalid menggesa kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin Ali supaya menyelesaikan kemelut tersebut dengan segera demi kepentingan rakyat.

"Kena selesaikan dengan cepat dan juga bertanggungjawab. Jangan biarkan keadaan negeri dalam keadaan tidak menentu.

"Ia menyusahkan pentadbiran awam untuk menjalankan tugas," katanya yang juga bekas Menteri Besar Selangor.



Khalid Ibrahim, GHB, PAS

Artikel Sebelum

Artikel Lain