suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan Kes Saman Anwar Terhadap Anifah Ditangguh

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan keputusan kes saman malu RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bagi pihak Anifah.

Razlan memberitahu pemberita bahawa hakim menangguhkan keputusan itu setelah Muhammad Shafee memohon untuk membuat hujahan lanjut berkaitan kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan 30 Julai untuk hujahan.

Anwar memfailkan saman terhadap Anifah dan kerajaan Malaysia pada 27 Mei 2009 dengan mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington, ketika Setiausaha Negara AS Hillary Clinton hadir telah mencemar imej beliau.

Anwar menuduh Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak memegang jawatan politik dan sebarang jawatan lain, dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan Anifah, yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah merosakkan keperibadiannya dan secara langsung atau tidak, menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup.-- Bernama

Anwar Ibrahim

Artikel Berikut

Artikel Lain