suria

SACC Ringankan Beban Mualaf

SHAH ALAM: Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) menerusi program berbuka puasanya sepanjang Ramadan ini tidak melepaskan peluang untuk beramal sambil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Menariknya kali ini, SACC memilih untuk meringankan beban saudara baharu dengan mewujudkan Dana Bantuan Mualaf.

Dana tersebut akan dikumpul menerusi penjualan baucar Bufet Ramadan Nikmat Iftar pada harga RM88 bagi dewasa dan RM44 bagi kanak-kanak.

Sejumlah RM1 bagi setiap hasil jualan baucar bufet berbuka puasa itu akan didermakan kepada golongan mualaf menerusi badan bukan kerajaan (NGO), Hidayah Centre Foundation (HCF).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Shuhainie Shamsudin, program berbuka sambil beramal bagi mengumpul dana untuk golongan mualaf itu adalah antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SACC.

"Sudah menjadi kelaziman dan tradisi kami untuk mencurah bakti semula kepada masyarakat," katanya.

Selain menjadi pusat sehenti untuk aktiviti seperti mesyuarat, pameran dan konvensyen, SACC turut dikenali menerusi program CSR.

Seramai 157 mualaf yang hadir menerima sumbangan dan duit raya semasa majlis berbuka puasa anjuran HCF dan SACC.

Tahun lalu, SACC membantu Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) mengumpul dana untuk mencetak lebih banyak al-Quran Braille.

Sementara itu, Pengerusi HCF Selangor, Ir Wan Ahmad Nizar Zakaria terharu di atas usaha SACC mengiktiraf peranan NGO itu bagi membantu menyebarkan dakwah kepada saudara baharu menerusi program berbuka sambil beramal di SACC.

"Terima kasih kepada SACC di atas keprihatinan untuk membantu kami meningkatkan daya maju golongan saudara baharu ini. Kami terharu kerana usaha ini diiktiraf SACC," katanya.

Ir Wan Ahmad Nizar Zakaria.

Beliau berkata, dana yang dikumpul itu kelak akan digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pengoperasian HCF yang memiliki 26 cawangan di seluruh negara.

"Menerusi dana itu kami akan teruskan usaha pengislaman saudara baharu, membimbing dan melindungi golongan tersebut," katanya.

SACC dengan kerjasama HCF turut meraikan kira-kira 157 saudara baharu bersama keluarga sekitar Selangor pada majlis berbuka puasa di sini, Ahad malam.

Pada majlis sama, Wan Ahmad turut menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada saudara baharu yang hadir.


KUIZ RAMADAN SACC-mSTAR

Cara menyertai:

1 Jawab kedua-dua soalan yang dikemukakan pada setiap minggu.

2. Lengkapkan slogan yang disertakan di bahagian komen di bawah artikel menggunakan akaun Facebook anda.

3. LIKE Facebook SACC ( https://www.facebook.com/SACCofficialnew )

4. LIKE Facebook mStar ( https://www.facebook.com/mstardotcomdotmy )

5. Jika jawapan dan slogan anda menarik perhatian juri, kami akan menghubungi anda menerusi Facebook pada hujung minggu.

Berikut adalah dua soalan pada minggu terakhir Kuiz SACC-mStar yang perlu dijawab untuk memberi peluang anda memenangi baucar iftar di pusat konvensyen itu.

1. Namakan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalin kerjasama dengan SACC tahun ini bagi membantu golongan mualaf.

2. Berapakah sumbangan SACC menerusi jualan setiap baucar bufet Ramadan yang disalurkan ke Dana Bantuan Mualaf.

3. Lengkapkan slogan berikut: Saya layak memenangi baucar bufet Ramadan Nikmat Iftar SACC kerana......(tidak lebih 10 patah perkataan)


SACC, dana bantuan mualaf

Artikel Lain