suria

Nahas Duke: Keluarga Mangsa Bertegas Mahukan Keadilan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) bertanya khabar kepada adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, (tiga, kiri) yang merupakan anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 6.2 Lebuhraya Duta-Hulu Klang (DUKE) semasa hadir menziarah keluarga mangsa di Taman Batu Muda pada Isnin. Turut kelihatan ibu Nova Safitri Azhari, Wirda Samsudin, 52, (kiri) dan ibu Fairuz Nizam Husain, Normah Toso, 65, (dua, kiri).

KUALA LUMPUR: Keluarga mangsa kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menuntut keadilan terhadap kematian tiga beranak tersebut walapun mereka telah memaafkan pemandu Perodua Myvi yang merempuh kenderaan dipandu Fairuz Nizam Husain.

"Saya serta keluarga sudah memaafkan mereka.

"Kami cuma mahu menegakkan keadilan untuk insan yang kami sayangi.

"Kami berharap agar pihak polis dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal atas apa yang mereka lakukan, bukan sahaja kepada kedua-dua pemandu yang ditahan, tetapi kesemua enam mereka," kata adik Fairuz Nizam iaitu Asyraf Faizznur Husain.

Perasaan janggal dan tidak selesa diarasi keluarga mangsa apabila tiga ahli Familia Myvi Club (FMC) mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa di Batu Caves untuk bertemu dua anak perempuan Fairuz.

Kelab tersebut, yang diwakili oleh Hairul Safuan, membawa barangan keperluan seperti beras, gula dan kopi untuk kegunaan keluarga mangsa serta memberikan wang tunai yang tidak diketahui jumlahnya sebagai derma tunai kepada Nur  Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Akila, 3.

Tambahnya lagi, kelab itu turut memberitahu pemberita bahawa mereka memberi jaminan untuk menjaga kebajikan kedua-dua kanak-kanak perempuan tersebut sehingga mereka berusia 18 tahun.

"Mereka datang sekitar jam 5 petang (Ahad) dan berbual panjang dengan kami sehingga pukul 7.30 malam, malah mereka yang datang hanyalah ahli kelab sahaja, bukannya yang dituduh berlumba pada malam itu.

"Mereka memberi penghormatan terhadap pemergian keluarga abang saya dan menceritakan berdasarkan pihak mereka," katanya lagi.

Faizznur, yang berusia 25 tahun memberitahu bahawa dia akan menjaga kedua-dua anak buahnya, Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Akila.

Mangsa nahas, Fairuz Nizam dan isterinya, Nova Safitri Azhari serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa meninggal dunia selepas kenderaan Pajero Sport mereka dirempuh oleh dua buah Perodua Myvi pada awal pagi Sabtu.

Polis menahan kedua-dua pemandu sebelum dibebaskan selepas diikat jamin pada petang Ahad.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan pemanduan secara merbahaya.

Duke, Batu Cave

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain