suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerjasama PAS-DAP-PKR: Rafizi 'Kunci Mulut'

BUKIT MERTAJAM: Setiausah Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli mengambil pendirian untuk ‘kunci mulut’ mengenai dakwaan terbaharu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HAdi Awang berhubung kerjasama pakatan pembangkang.

Sebaliknya, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR secara sinis memberitahu pemberita untuk menyemak maklumat berkenaan sebelum memberi sebarang kenyataan balas.

"Kalau kami hendak ulas pun, kami akan semak dengan PAS dahulu, bukannya yang dipetik oleh wartawan Berita Harian," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini, Isnin.

Beliau berkata demikiaan bagi mengulas mengenai kekecewaan Hadi berhubung kerjasama antara PAS dan PKR serta DAP yang disifatkannya tidak konsisten.

Hadi dilaporkan berkata bahawa PAS berpendirian untuk meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat namun terpaksa berdepan sikap pemimpin sekutunya yang tidak menghargai kerjasama itu.

"PAS konsisten sepanjang kerjasama kita dengan orang lain. Apa yang berlaku orang lain yang tidak konsisten, terus terang saya sebut," katanya kepada media selepas merasmikan Konvesyen PAS Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.

Sejak kebelakangan ini hubungan PAS dengan PKR dan DAP dilihat berhadapan masalah khususnya membabitkan kontroversi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Malah PKR juga berhadapan ugutan daripada jentera PAS di Permatang Pauh untuk memboikot kempen pilihan raya kecil yang ditandingi parti itu.

Hadi sendiri tidak menyertai kempen PKR sejak gelangggang PRK Permatang Pauh dibuka secara rasmi pada 25 April lalu.

DAP, PKR, PAS, Permatang Pauh

Artikel Lain