Anggota Rela Maut Ditembak - Semasa | mStar

Anggota Rela Maut Ditembak

BESUT: Seorang anggota Rela terbunuh akibat terkena tembakan di bahagian dada dan tangannya ketika sedang berburu bersama dua rakannya di Hutan Kacong, Lata Tembakah, Hulu Besut di sini 12.05 tengah Jumaat malam.

Mangsa dikenali sebagai Shamsuddin Derahim, 56, dari Kampung Cawangan, Hulu Besut di sini maut di tempat kejadian manakala seorang lagi rakannya yang berumur 47 tahun cedera ringan dipercayai terkena serpihan peluru.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika mengesahkan kejadian berkata pihaknya menerima aduan di Balai Polis Pasir Akar mengenai kejadian daripada seorang rakan mangsa yang menyertai pemburuan tersebut.

Ekoran kejadian itu, dua rakan mangsa termasuk yang cedera, ditahan untuk siasatan lanjut dan sepucuk senapang patah dirampas daripada mereka," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Katanya polis sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui bagaimana mangsa dan seorang lagi rakannya terkena tembakan tersebut.   Mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat, Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.

Isteri mangsa Raja Minah Raja Sulaiman, 50, ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Daerah Besut berkata suaminya keluar berburu bersama dua rakan sekampungnya pukul 3 petang Jumaat.

Rela , Berburu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain