suria

Najib Rasmi Pusat Kajian Pondok Kuin

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua,kiri) menyaksikan pertukaran memorandum antara Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Professor Datuk Mohd Yusof Kasim (kiri) dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim (kanan) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (Mou) antara Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dan Kuin di Alor Setar, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. -fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu merasmikan Pusat Kajian Pondok (PKP) Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang berfungsi menerajui kajian dan penyelidikan mengenai institusi pondok dan sistem pengajiannya di Nusantara.

Najib, yang juga penaung Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), turut menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara KUIN dan YPPM dalam pengoperasian PKP tersebut.

Pengerusi Eksekutif YPPM, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mewakili YPPM manakala Kuin oleh Rektornya, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim.

Di bawah MoU itu, Kuin akan menyediakan kepakaran dan kakitangan yang diperlukan untuk program yang dijalan bersama, kemudahan penyelidikan atau bantuan berbentuk fizikal seperti perpustakaan, bilik dewan serta sokongan logistik.

YPPM pula akan menyediakan kepakaran dan kakitangan, bantuan berbentuk fizikal dan bukan fizikal serta logistik dan jaringan.

Dalam majlis itu juga, Mashitah dilantik sebagai Pengarah PKP yang pertama.

Artikel Lain