suria

Transformasi Bolehkan MIC Menang Sekurang-Kurangnya Dua Kerusi Parlimen, Dua DUN

Datuk Seri Dr S.Subramaniam
IPOH: Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam yakin MIC mampu memenangi dua kerusi parlimen dan sekurang-kurangnya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. 

Subramaniam berkata beliau meletakkan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan MIC sekiranya ada perubahan dalam struktur kepimpinan serta pentadbiran parti itu.

"Ini merupakan satu daripada agenda kita dalam usaha mentransformasi MIC dan membawa parti ini ke satu tahap yang lebih besar, iaitu menang dua kerusi Parlimen di Sungai Siput dan Tapah, serta sekurang-kurangnya dua kerusi DUN di negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pemimpin dan semua pengerusi cawangan MIC Bahagian Ipoh Barat Sabtu.

MIC diperuntuk dua kerusi parlimen pada pilihan raya umum lepas, yang menyaksikan dua naib presiden parti itu - Datuk M.Saravanan menang di Tapah manakala Datuk SK Devamany kalah di Sungai Siput.

Pada PRU itu juga, MIC gagal mempertahankan kesemua kerusi DUN yang ditandinginya iaitu Buntong, Jelapang dan Hutan Melintang.

Artikel Lain