suria

"Kita Jumpa Beberapa Tahun Lagi" - DSAI

Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA: "Kita jumpa beberapa tahun lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik mahkamah memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Suasana penuh emosi memenuhi bilik mahkamah apabila panel hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu dan dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari.

Sambil melambai ke arah penyokongnya di galeri umum dalam ruang mahkamah itu Anwar memeluk ahli keluarganya yang kesemuanya menangis berikutan keputusan itu.

Pemimpin pembangkang itu kemudiannya memandang ke arah cucunya dan berkata: "Ingat ya, kamu perlu pergi ke sekolah."

Dia juga cuba menenangkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya, Nurul Izzah.

Bapa mertuanya, Wan Ismail Wan Mahmood juga kelihatan tidak dapat menahan air matanya.



Artikel Lain