suria

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Bakal Jadi Badan Bebas Berautonomi

Dr Hilmi Yahya.
MELAKA: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan bakal ditransformasikan menjadi Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan, iaitu sebuah badan bebas dan berautonomi.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata transformasi itu akan memudahkan badan itu menjalin kerjasama melibatkan keselamatan dan kualiti makanan dengan badan lain yang setara dengannya di seluruh dunia.

"Ia selaras dengan transformasi yang telah dilakukan oleh negara lain di seluruh dunia. Bagaimanapun, proses ini masih dalam peringkat perbincangan dan masih banyak perlu diteliti antaranya faktor penguatkuasaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan '24th Session of the Codex Committee on Fats and Oils' yang turut dihadiri Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Noraini Mohd Othman di sini, Isnin. 

Dr Hilmi berkata transformasi itu juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan badan itu menangani isu berkaitan keselamatan dan kualiti makanan yang semakin mencabar pada masa ini.

Sementara itu, Noraini berkata Kementerian Kesihatan sedang dalam proses mendraf sebuah akta bagi penubuhan badan bebas dan berautonomi itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain