suria

Sultan Nazrin Shah Dianugerah Darjah Kerabat Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) mengurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Hari Keputeraan Ke-69 Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di sini, Isnin. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim (kanan).

SHAH ALAM: Sultan Perak Sultan Dr Nazrin Shah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah 11 Disember lepas.

Turut berangkat ke upacara pengurniaan di Istana Bukit Kayangan di sini ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan Selangor.

Darjah tersebut merupakan Darjah Kebesaran tertinggi Selangor Darul Ehsan.

Sultan Nazrin Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 29 Mei tahun lepas berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah.

Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 akan berlangsung pada 6 Mei depan.

Artikel Berikut

Artikel Lain