suria

QZ8501: Dua Lagi Mayat Dikenal Pasti

SURABAYA: Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Jawa Timur mengesahkan telah mengesan dua lagi mayat mangsa nahas penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia.

Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar Budiyono pada Isnin mengumumkan bahawa pasukan DVI itu telah mengenal pasti dua mayat dengan kod B030 dan B043, yang ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat minggu lepas.

"Walaupun mayat pada label B030 tidak sempurna, berdasarkan data pengenalan utamanya, mayat itu adalah Elisabeth Youvita, wanita berusia 20 tahun dari Surabaya (Jawa Timur)," kata Budiyono pada sidang akhbar di Surabaya.

Selain itu, beliau berkata mayat dengan label B043 adalah David Gunawan, lelaki berusia 37 tahun yang tinggal di Surabaya.

Dia ditemui masih memakai tali pinggang dan seluar berjenama Louis Vuitton, tetapi tubuh badannya di peringkat akhir penguraian.

"Secara keseluruhan, kami telah mengenal pasti 34 dari 48 mayat yang kami terima daripada pasukan SAR. Kami masih berusaha mengenal pasti baki 14 mayat pada masa ini, "katanya.

Pesawat malang Airbus 320-200 yang terhempas pada 28 Disember di Laut Jawa membawa 162 orang penumpang dan anak kapal - The Jakarta Post/ANN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain