suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

QZ8501: Perakam Data Penerbangan Dalam Keadaan Baik, Dibawa Ke Jakarta

Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Moeldoko (dua, kanan), bersama perakam data penerbangan QZ8501 pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Tentera Iskandar di Pangkalan Bun, Isnin. -foto EPA
PANGKALAN BUN: Perakam data penerbangan pesawat AirAsia Indonesia, penerbangan QZ8501 yang tenggelam di dasar laut didapati berada dalam keadaan baik, menurut pihak berkuasa Indonesia, Isnin.

Kotak hitam itu akan dihantar ke Jakarta untuk dianalisis.

"Perakam data penerbangan telah ditemui," kata ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Negara (Basarnas) Bambang Soelistyo pada sidang akhbar, Isnin.

Tambahnya, kotak hitam itu ditemui di bawah sayap pesawat malang Airbus 320-200 yang terhempas pada 28 Disember di Laut Jawa. - The Straits Times/ANN

Artikel Lain