suria

Rempuhan Tahun Baru Di Shanghai, Rakyat Malaysia Antara Yang Cedera

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia adalah antara 48 yang cedera dalam rempuhan yang berlaku ketika sambutan Tahun Baru di kawasan bersejarah The Bund, Shanghai di mana 35 yang lain terbunuh awal hari Khamis.

CCTV China melaporkan bahawa 10 lelaki dan 25 perempuan berusia antara 16 dan 36, adalah mangsa yang terkorban.

Menurut microblog People's Daily, mangsa yang cedera juga termasuk tiga rakyat Taiwan.

Kekecohan tercetus selepas kupon yang kelihatan seperti dolar Amerika telah dibuang dari tingkat 18 sebuah bangunan bertingkat tinggi selama kira-kira tiga minit, menurut laporan Straits Times memetik penerbitan yang berpangkalan di Shanghai, The Paper.

Insiden itu berlaku pukul 11.35 malam waktu tempatan di Chen Yi Square, daerah Huangpu sekitar The Bund, kawasan pinggir pantai yang sibuk di Shanghai.

Presiden China Xi Jinping telah mengarahkan pihak berkuasa negeri untuk melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk membantu mangsa yang cedera dan menyiasat punca rempuhan itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain